Saturday, December 29, 2007

~Nasihat Imam Syafie Dlm Mencari Sahabat

Aku Mencintai Sahabatku Dengan Segenap Jiwa Ragaku,

Seakan-Akan Aku Mencintai Sanak Saudaraku.

Sahabat Yang Baik Adalah Yg Seiring Sejalan Dgnku

Dan Yg Menjaga Nama Baiku Ketika Aku Hidup Atau Selepas Aku Mati.

Aku Selalu Berharap Mendpt Sahabat Sejati

Tidak Luntur Baik Dalam Keadaan Suka Atau Duka.

Jika Itu Aku Dapatkan, Aku Berjanji Akan Selalu Setia Padanya.

Kuhulur Tgn Kpd Sahabatku Utk Berkenalan Kerana Aku Akan Berasa Senang.

Semakin Ramai Aku Peroleh Sahabat,

Aku Semakin Percaya Pd Diri,

Mencari Sahabat Pd Waktu Susah.

Belum Pernah Ku Temukan

Di Dunia Ini Seorg Sahabat Yg Setia Dlm Duka,

Pada Hal Hidupku Sentiasa Berputar-Putar

Antara Suka Dan Duka.

Jika Suka Melanda, Aku Sering Bertanya:

"Siapakah Yg Sudi Menjadi Sahabatku?".

Pd Waktu Aku Senang,

Sudah Biasa Ramai Akn Iri Hati,

Namun Apabila Giliran Aku Susah

Mrk Pun Bertepuk Tangan.

Pasng Surut Persahabatan .

Aku Dpt Bergaul Secara Bebas Dgn Org Lain Ketika Nasib Ku Baik.

Namun Ketika Musibah Menimpaku ,

Ku Dapatkan Mrk Tidak Ubahnya Roda Zaman

Yg Tidak Mahu Bersahabat Dengan Keadaan.

Jika Aku Menjauhkan Diri Drpd Mereka,

Mereka Mencemuh Dan Jika Aku Sakit,

Tiada Seorg Pun Yg Menjengukku.

Jika Hidupku Berlumur Kebahagian,

Bnyk Org Iri Hati,Jika Hidupku Berselimut Derita Mrk Bersorak Sorai.

Mengasing Diri Lebih Baik Drpd Bergaul Dgn Org Jahat.

Apabila Tidak Ketemu Sahabat Yg Takwa,

“Lebih Baik Aku Hidup Menyendiri Drpd Bergaul Dengan Mereka.”


~Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Ya Allah andai ada seseorang yang tercipta untuk ku, hadirkanlah dia di dalam hidupku

Amin….

~Tepon Buruk


Heheheh!!!!!! ine lah Handphone yang ku gune hingga ke hari ine....dah berpuluh2 kali jatuh,terhempas...dihempas
(anak buah nyer kejelah) still leh gune... tahan lasak gak
Mesti tanyer ngaper x tukar baru
Jawapannyer adalah............................
still leh gune...gune je lah
x leh gune baru beli baru....
Aku leh diketogerikan sorg yg setia
Macam aku setia kat tepon aku ne.....kwang2x
Kekadang tu bile klur ngn member malu gak
Member semua ade handphone yg canggih2
sedangkan aku..hmmm hampeh
klur phone aku bunyi mase tu....
Aku wat tak tau...hahahahha
Buat2 x kenal sapenyer tepon lah tu agaknyer...(Poya je aku)
Tepon ne pon kadang2 tu cam nyawer2 ikan je...
Bukan ape memang dah peal aku x suke membazir(Kononyer)
Yang benar nyer kedekut hahahhah
Banyak lagi yang boleh gune ngn duit tu ....nantilah sampai mase beli gak.. tunggu seru kot...

~Pesanan Ku

Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya
ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan
di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak
ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada
jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata’ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat Insya’Allah. Kemudian dibuka baginya
satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya” Nampaknya pertahanan kita perlu kuat
dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung
kaki).!

~My Friend Say

(12/27/2007 7:05:14 PM): aku m'cintai sahabat2ku yg seiring sejalan dgnku serta m'jaga nama baikku ketika hidup & matiku...kiranya ku temui shbt sejati yg sanggup b'suka & b'duka dgnku, ku b'janji akn slalu setia pdnya dan ku hulur tgn pknln kpd shbt2ku krn aku akn smakin yakin pd diri sdiri."Aissah Abu Hasan": Wahai Gadis Solehah.. Dari Jauh Ku Melihat Gerak Gerimu.. Tunduk Memandang Bumi.. Terselindung Dsebalik Hijabmu.. Wajah Yang Penuh Nur.. Yang Sentiasa Mengingati Mati.. Yang Mencintai Allah Dan Rasul.. Yang Takut Azab Allah.. Kau Ibarat Permata Berharga.. Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi.. Wahai Gadis Solehah.. Jauh Disudut Hatiku.. Aku Bangga Dengan Imanmu.. Taqwamu, Akahlakmu, Amalanmu.. Jua Perjuanganmu Menegakkan.. Kesucian syariat yang telah ditetapkan Allah..

~Antara 2 Cinta

"Antara 2 cinta yang inginku miliki, cinta insan dan cinta Ilahi, pasti yang utama cinta Ilahi...Kerana cintanya yang hakiki...Antara 2 insan yang inginku miliki, kekasih hati dan sahabat sejati, pasti yang utama sahabat sejati, kerana setianya sukar ditemui"

Friday, December 28, 2007

~Cecahkan dahimu ke sejadah (selagi ada waktu)

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah , Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan “Hayya ‘alas Solaah”
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan “Hayya ‘alal Falaah”
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium , saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…