Friday, October 24, 2008

lawak ne bace lah

Ada tiga sahabat, satu kura2.. Satu lagi katak..
Yang last ulat gongok.
Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... Si kodok berkata : "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak? Ha... patutla... rokok dah abis... Kura2: "Iya la.. Sorryla gua lupa lak standby satu... Beli jer kat warong depan tuh!" Katak: "Apsal aku plak... Kau kan tuan rumah?" Kura2: "Ye la... Tapi bertahun la korang nak menunggu... Siapa lagi cepat?" Katak: "So kalau gitu mintak je ulat gongok tolong..." Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap" Ulat Gonggok: "Aiya... ..korang ajela" Katak: "Ala.. Gi jer la kita orang dah undi kau" Akhirnya si ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu... Lima minit menunggu... Si ulat gongok tak tiba juga... 10 minit... 20 minit... Satu jam... Dan sampai tiga jam ulat gongok masih tak timbul-timbul. Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai- sampai..?" Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!" Katak: "Jom..!" Bila jer kura2 buka pintu... Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu. Kura2: "Hah tu pon dia..!" Katak: "Mana rokoknya? Mulut aku dah kering sangat ni..?!" U.G.: "Apa rokok-rokok... aku jalan pon belom..!!" Katak: "Haah tak bergerak lagi ... jadi dari tadi buat apa... ?" U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa.. korang tak nampak ke ni... aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"

Kenapa kamu menolong aku

Buat renungan bersama. Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.? Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wassalam