Friday, November 11, 2011


Selamat Hari lahir anak ibu..alhamdulillah.11.11.11 genap ank ibu 1thn..ibu & ayh doakan semoga ank ibu sihat tubuh badan..panjang umur..murah rezeki..cerdik..Moga jadi ank yg soleh ...amin..

Friday, August 5, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Sabar

Bersabarlah di atas setiap kesakitan

Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Bayi Polikarbonat diharamkan..memudaratkan


KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
copy right:Berita Harian online

Dengar berita di Buletin Utama tadi, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.


Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.

Kaze dah check tadi ada 3 botol susu lama yg dah tak pakai berlabel PC huhu.. kesian Sarah, dulu tak tahu botol PC ni bahaya, main beli jer. Kerajaan pun satu, dah tahu dah PC tu bahaya haramkan la awal2. Ni nak tunggu ramai negara haramkan baru nak ikut.

Apa yg kaze tak boleh terima td, kenapa kementerian kesihatan nak tunggu setahun baru nak haramkan. Haramkan jer terus bermula hari ni, soal kesihatan mana boleh kompromi.


Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral

2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi

6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.






Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


1. Nombor 7 -

2. Nombor 7 dan PC -


3. Nombor 7 dan ‘other’ -



Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

copy right:
Bila kepala begetar

Saturday, March 12, 2011

Jangan Ada Dendam Dalam Hatimu

Cukuplah disini
Andai kau tahu yang tersirat dihati ini..
Pasti kau menyesal menyakiti hatiku selama ini..

Cukuplah Sampai disini
Jangan terus melukai hatimu dan mereka disekeliling mu..

Tidak akan kau temui ketenangan selagi..
kau tidak memahami apa itu keikhlasan
kemaafan...

Cukuplah sampai disini..
kita hanya manusia biasa
aku
kau dan mereka
bisa melakukan kesilapan...
jangan diulangi lagi..
Yang baik dari Allah
yang buruk khilaf kita sendiri

Buat renungan bersama
kau
aku dan semua

*pada satu hari sedang seorang sahabat (Abu Bakr rasanya) bersama2 dgn Rasulullah SAW, datanglah orang mencerca dan mengeji sahabat itu tadi.. pada awalnya sahabat tu berdiam diri sahaja. lalu tiba pada satu ketika sahabat itu membalas kembali cacian orang yg datang tu, maka Baginda SAW pun terus bangun dan meninggalkan tempat tu.. apabila ditanyakan mengapa Nabi SAW meninggalkannya, baginda menjawab bahawa sesungguhnya ketika sahabat itu diam dan bersabar, malaikat telah membalas untuknya ya'ni bersama dengannya. namun apabila sahabat itu melancarkan 'serangan balas', malaikat pun meninggalkannya. dan Nabi SAW juga turut beredar..*

Monday, February 14, 2011

My Anniversary



Sayangku

Disaat aku mengenalimu..

Tidak penah terlintas difikiranku kau adalah belahan jiwaku..

Tanpa pernah mengenali wajahmu..

Kita menyulam benih-benih cinta..

Detik demi detik yang berlalu..

Terasa sungguh indah..

Cintamu yang tulus ikhlas mencintaiku

Membawaku meniti titian pelangi cinta..

Detik 12.02.2010 termaterilah sebuah ikatan yang suci..

Aku bersyukur mengenalimu sayang..


Cintamu.. Kasihmu.. Sayangmu..

Membuat aku bahagia..sungguh bahagia

Tidak pernah terlintas difikiranku..sesal memilihmu

Kini genap setahun kita melayari bahtera rumah tangga..

Aku bersyukur pada NYA..

Kerana kau tercipta buatku..hanya untuk ku..

Suka duka

Kita tempuhi bersama

Atas nama cinta ini lah

Dia tercipta untuk kita

Anugerah Cinta Terindah

Hadirnya menyinari sebuah cinta

Muhamad Al-Furqan Bin Supian

Permata hati...kedamaian jiwa..pengubat duka...