Thursday, January 24, 2008

koleksi lawak....cam biase keje aku copy jer

Cerita 1-
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

-Cerita 2-
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

-Cerita 3-
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

-Cerita 4-
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

-Cerita 5-
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."

"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."

-Cerita 6-
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

-Cerita 7-
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

-Cerita 8-
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "

-Cerita 9-
pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah² belaka.. jd, bapanya membanding²kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah². dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal dibanding² si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik... ... .." bapa : ??

-Cerita 10-
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...
pada satu hari sedang seorang sahabat (Abu Bakr rasanya) bersama2 dgn Rasulullah SAW, datanglah orang mencerca dan mengeji sahabat itu tadi.. pada awalnya sahabat tu berdiam diri sahaja. lalu tiba pada satu ketika sahabat itu membalas kembali cacian orang yg datang tu, maka Baginda SAW pun terus bangun dan meninggalkan tempat tu.. apabila ditanyakan mengapa Nabi SAW meninggalkannya, baginda menjawab bahawa sesungguhnya ketika sahabat itu diam dan bersabar, malaikat telah membalas untuknya ya'ni bersama dengannya. namun apabila sahabat itu melancarkan 'serangan balas', malaikat pun meninggalkannya. dan Nabi SAW juga turut beredar..

Jika

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu
teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan . Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti
membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPUNAAN .
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu
juga yang akan MENYESAL....

eCah Copy