Monday, March 30, 2009

KASIH INSAN SERPIHAN CINTA TUHAN



> Mengenali dirimu dalam perjalanan kehidupan ku
>
> Untuk aku mendekati Tuhan mu
>
> Hikmah yang tersirat disebalik suratan
>
> Aku insan hina disisi Tuhan mu
>
> Mulianya dirimu disisi Nya
>
> Maka Tuhan mu mempertemukan kita
>
> Agar ada hubungan suci sesama insan
>
> Dunia yang sementara sebagai pelengkap akhirat
>
> Zikrullah, sebagai pemandu arah
>
> Aku, kehilangan dalam mencari kehidupan
>
> Kini, dipertemukan laksana pelengkap alam
>
> Ikrar kehidupanmu, dalam mencari Tuhan mu
>
> Rasulullah telah mengatur langkah, maka
> kembalilah..
>
> Mahumu, sesuatu yang indah akan hadir
>
> Dugaan buatmu, indahnya insan pada RUH nya
>
> Saat ketika kau dipertemukan di 'LUH MAHFUZ'
>
> Awalnya, dugaan mendatang tanpa henti
>
> Akhiri kehidupanmu dengan kasih Tuhan mu
>
> Dan kini fikirkanlah kasih, cinta Tuhan mu milik
> dunia dan akhirat
>
> Nampak jelas jalan yang Tuhan mu tunjukkan
>
> Orang yang bersungguh-sungguh pasti diberi jalan
>
> Oleh itu mintalah dari Tuhan mu, itu janji NYA
>
> RUH, katamu sama, IMAN penentuan darjat
>
> Antara cinta untuk Tuhan mu dan kasih sesama
> insan
>
> Fitrah kasih sayang itu dicipta oleh Tuhan mu,
> diberi sekelumit dari milik NYA
>
> Zat yang tiada akhirnya, zuhud yang kau cari
> pecahan cinta dari NYA
>
> Akuilah carilah, dakwat dalam Alif dan Alif miliki
> dakwat
>
> Nilaikan..Alif itu Allah yang penuh cinta,dakwat itu
> zarah kasih dari cinta Allah
>
> Rungkaikan ia sedalam maksudnya pasti kan kau
> temui jawapannya
>
> Otakmu jua cebisan cinta Tuhan mu, yang
> merupakan serpihan bergelar kasih
>
> Selawat dan salam ke atas Rasulullah, tanda kasih
> padanya..Rasul jua insan
>
> Lihatlah kasih, buka mata mu, kasih insan cebisan
> dari cinta Tuhan mu
>
> Ittaqullah.. DIA beri atas hak-NYA, Qada' Qadar
> rahsia Tuhan mu yang hakiki..

Wednesday, March 11, 2009

Bacalah walau sebaris ayat

“Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”

(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.”
(ali Imran: 103)

Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).”
(al-Maidah:91)

Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat - ayatku dengan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang - orang yang kafir.”
( Al Maidah 44 )


Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.