Ada tiga sahabat, satu kura2.. Satu lagi katak.. Yang last ulat gongok. Suatu hari kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain... Si kodok berkata : "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak? Ha... patutla... rokok dah abis... Kura2: "Iya la.. Sorryla gua lupa lak standby satu... Beli jer kat warong depan tuh!" Katak: "Apsal aku plak... Kau kan tuan rumah?" Kura2: "Ye la... Tapi bertahun la korang nak menunggu... Siapa lagi cepat?" Katak: "So kalau gitu mintak je ulat gongok tolong..." Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap" Ulat Gonggok: "Aiya... ..korang ajela" Katak: "Ala.. Gi jer la kita orang dah undi kau" Akhirnya si ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu... Lima minit menunggu... Si ulat gongok tak tiba juga... 10 minit... 20 minit... Satu jam... Dan sampai tiga jam ulat gongok masih tak timbul-timbul. Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai- sampai..?" Kura2: "Iye la .. risau jugak, jom kita cari!" Katak: "Jom..!" Bila jer kura2 buka pintu... Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu. Kura2: "Hah tu pon dia..!" Katak: "Mana rokoknya? Mulut aku dah kering sangat ni..?!" U.G.: "Apa rokok-rokok... aku jalan pon belom..!!" Katak: "Haah tak bergerak lagi ... jadi dari tadi buat apa... ?" U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa.. korang tak nampak ke ni... aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"
Buat renungan bersama. Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.?Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.? Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri. Wassalam
Dan yang kulihat hanya kamu disitu…hanya kamu saat itu
Abang
Janganlah selau merendah diri diatas setiap kekurangan..yg terlihat
Perbaikinya agar tidak melarat
Tidakku minta kesempunaan padamu
Cukup lah kau mengerti aku menerimamu seadanya
Kekurangan padamu aku lah pelengkapmu..
Kekurangan padaku kaulah pelengkap hidupku
Kaulah penyeri hidup ku
Mendamaikan jiwaku
Kaulah yg bisa membuat hari-hariku lalui dengan senyuman
Tidak ku nafikan kadang kala..jiwa terlalu mudah terusik..kadang kala air mata mengalir tanpa dibendung
Kejujuranmu keikhlasanmu mengetuk pintu hati ku
Membuka mataku
Yang selama initertutup..
Abang
Aku hargai setiap yg kau lakukan
Aku hargai setiap yg kau berikan padaku
Aku bersyukur kehadarat ilahi
Walaupun pada pandangan mereka ianya tiada harga
Tetapi aku amat menghargainya
Yang kulihat bukan harganya tapi keikhlasan yang kau beri
Abang
Dalam menempuh ranjau kehidupan ini
Aku harap, aku dan kamu saling tabah menghadapi
Ujian yang bertandang tanpa diundang
Kesetiaan dan kejujuran amat penting dalan suatu perhubungan
Dan jangan ada keraguan didalam hatimu
Abang
Saat malam bertandang
Aku selalu merinduimu
Di kamar sepi
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Abang
Aku bahagia bersamamu
Kau bisa membuat aku tersenyum gembira
Tertawa riang dan
Menangis hiba
Abang
Aku bersyukur dipertemukan denganmu
Aku amat bersyukur
Aku berharap kesilapan dan kekurang yang ada
Kita perbaiki bersama
Aku tahu aku bukan yang terbaik untukmu
Tetapi aku cuba memberi yang terbaik untukmu
Abang
Mencintamu adalah hal terindah dalam hidupku…
Mengenalmu adalah sebuah keajaiban yang tak dapat ku lukiskan dalam hatiku…
Memilikimu adalah sesuatu yang membuat ku bahagia…
Kau adalah anugrah terindah yang di titipkan tuhan untuk ku…
Kau adalah belahan jiwa yang ku cari selama ini…
Kau penuntun jalan ku…
Penerang ku di saat aku merasa hampa…
Pelita ku di saat ku merasa sepi…
Kau matahari yang menyinari ku di siang hari…
Dan kau purnama yang menemani tidur ku hingga aku terbuai dalam mimpi indah ku…
Abang
Cintamu membawa aku terbang diawang-awangan
Terbang tinggi mengapai langit
Berjalan bersamamu seolah-olah.sedang meniti titian pelangi
Hadirmu didalam hidup ku umpama sang angin menyapu bayu
Bagaikan matahari yang menyinari alam semesta
Abang
Kadang kala aku terbuai asyik dalam menikmati kemanisan cintamu
Abang
Aku ingin menjadi suri hidupmu
Permaisuri dihatimu
Teman permainanmu
Dan disaat kau kecewa aku lah tempat untukmu bersandar
Aku lah tempat kau mengadu
Menangislah kau dibahuku
Abang
Walaupun cinta yang sedang kita nikmati ini indah
Aku berharap agar kita tidak terus hanyut dalam menikmatinya