Saturday, June 28, 2008
HIJAB DIRI TERLUKA
Ya ALLAH
dalam ketenangan hati
aku pilih untuk dicalari
untuk kebahagian cinta
hijab diri terluka
Ya ALLAH
Bisakah aku meraih mahabbah-MU
andai rindu tak selalu
sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.' ..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat..
Rasulullah SAW bersabda :
Rasulullah SAW bersabda :
"Takutlah ghibah(mengumpat).
Ia lebih buruk dari zina.
Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya.
Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat)
sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah..
"Takutlah ghibah(mengumpat).
Ia lebih buruk dari zina.
Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya.
Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat)
sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
...nauzubillah..
Thursday, June 12, 2008
8 keberkatan isteri..
Keberkatan isteri
Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-
1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun
2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah
3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus
4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid
5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin
6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.
7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah
8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!
Subscribe to:
Posts (Atom)