Monday, February 14, 2011

My Anniversary



Sayangku

Disaat aku mengenalimu..

Tidak penah terlintas difikiranku kau adalah belahan jiwaku..

Tanpa pernah mengenali wajahmu..

Kita menyulam benih-benih cinta..

Detik demi detik yang berlalu..

Terasa sungguh indah..

Cintamu yang tulus ikhlas mencintaiku

Membawaku meniti titian pelangi cinta..

Detik 12.02.2010 termaterilah sebuah ikatan yang suci..

Aku bersyukur mengenalimu sayang..


Cintamu.. Kasihmu.. Sayangmu..

Membuat aku bahagia..sungguh bahagia

Tidak pernah terlintas difikiranku..sesal memilihmu

Kini genap setahun kita melayari bahtera rumah tangga..

Aku bersyukur pada NYA..

Kerana kau tercipta buatku..hanya untuk ku..

Suka duka

Kita tempuhi bersama

Atas nama cinta ini lah

Dia tercipta untuk kita

Anugerah Cinta Terindah

Hadirnya menyinari sebuah cinta

Muhamad Al-Furqan Bin Supian

Permata hati...kedamaian jiwa..pengubat duka...


Wednesday, October 27, 2010

I come back

lame sungguh x berblogger
hehehehehhe
.....................

Wednesday, March 31, 2010

Usah kau merintih lagi...tapi kembalilah

Aku Bahagia dengan hidupku
Bahagia dengan nikmat yang diberi Allah
Aku mensyukuri

Walau ada masanya..kesabaran tercabar...

Bagi ku...hidup ini..tiada siapa yang dapat menjangka
berapa lame bisa bertahan..pasti akan pergi jua
Yang hidup pasti akan mati juga..
itulah hakikatnya

Nikmat Nafas yg Allah berikan gunakan sebaiknya
tiada siapa menzalimi diri kamu..melainkan kamu sendiri
Usah merintih..
Usah kau tangiskan lagi
Usah kau simpan lg amarahmu
Ianya membuatkan kau sendiri rugi
Rugi pada masa
Rugi pada diri sendiri
Rugi pada suatu hubungan persaudaraan

kemaafkan sudah lame diberikan

kadang kala teguran itu adalah satu nasihat
Anggaplah itu satu kesilapan...

Ikhlaskan lah hatimu..disitu kau akan temui ketenangan
Maafkan diri mu dan mereka disekelilingmu
Dan kau perlu tahu bahawa ada insan yg merinduimu

Sikapmu yg berdiam diri ..menjauhkan diri..mengundang kecewa dihati

Pintu itu sentiasa terbuka untukmu
Pulanglah....

Bagi kami disini..tiada apa yg perlu diungkitkan..biarkan perkara itu berlalu
kerana ia sudah berlalu
Usah rungsingkan hati

ALLAH BERIMU AKAL ...FIKIRLAH..

Monday, February 22, 2010

Monday, February 1, 2010

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Salam..buat teman2 blogger yg mengenaliku..Ecah menjemput meraikan majlis raja sehariku pada 13.02.2010





Mohan maaf sekiranya ada menyinggung hati sesiapa...

Friday, October 16, 2009

Satay..satay...heeheh

Alhamdulillah ...rezeki bln syawal tahun ne banyak gak ...dari 2 syawal sampai harine...
Pagi2 ne abg2 aku dah sebuk2 nak g bakar satay kat Pusat Zakat Melaka dia org order 5k
tengah hari sikit taska ank buah aku lak..

Ari ne still wat banyak lg untuk ahad ne ade oder 3k..
Yang Deepavali dah siap ari sabtu ne 1k..
Penat memang penat..tp dah adat meniaga..mestilah penat.."kn...jenit kan" hehehe

Yang kes pejabat pos melaka ne aku pn x tau aper cite dia org..
hehehe dia org suh kita wat..tp dia org nak cucuk sendiri..lepas keje
heehe mesti penat kan abg2 posmen tul tak..penat cucuk satay ne tau...
aper2 pn chaiyooo...chaiyooo heheheh harap2 leh siap

Thursday, October 8, 2009

Friday, August 21, 2009

Kembali Lagi

Ramadhan kembali lagi Membawa sinar....membawa rahmat walau berat dugaannya harap tabah menghadapinya




Jangan lak nak curi2 makan kat dapur
walaupun org lain tak nampak ..tapi Allah nampak tau


insafilah kesalahan yang telah kita lakukan semoga dibulan yang mulia ini mendapat keberkatan dari-NYA
Isilah perjalanan ini dengan perkara yang berfaedah

Sakit bukan alasan tak bole pose.......cube yang terdaya

Jangan jadi malas ...asik tidoooooooooo jer sepanjang hari..... tak dapat pahale pon klu asik dok tido jer



Ketika berbuka pose....janganlah rambang mate nak makan itu ini



cukup lah sekadar sajer
jangan membazir ..
sudah nyer makanan tu terbuang jer nanti


Jangan lupe solat tarawih..ramai2 kan rumah Allah...


Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan... Maaf Zahir dan batin jika ade salah dan silap pade semua

Tuesday, August 4, 2009


Aku menyintaimu
kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan
agama dalam dirimu,
hilanglah cintaku padamu..."

Saturday, July 4, 2009

Iklan ...


Saper2 nak beli lintah...leh Call no ne..06-2683630 (Rosli)..anak lintah ade,,emak lintah ade...baby lintah ade..atok nenek lintah pn ade....hehehehe

Monday, May 18, 2009

Ketulusan Hati



Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
kumohon dosaku ampunkan
ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmatmu untukku

Monday, April 20, 2009

Today is my Birthday............ 25

Today is my Birthday............ 25

Umur semakin meningkat
Perjalanan hidup masih panjang atau singkat aku pun tak tahu
semoga cahaya ilahi sentiasa menyuluh idupku...
Amin.....

Monday, March 30, 2009

KASIH INSAN SERPIHAN CINTA TUHAN



> Mengenali dirimu dalam perjalanan kehidupan ku
>
> Untuk aku mendekati Tuhan mu
>
> Hikmah yang tersirat disebalik suratan
>
> Aku insan hina disisi Tuhan mu
>
> Mulianya dirimu disisi Nya
>
> Maka Tuhan mu mempertemukan kita
>
> Agar ada hubungan suci sesama insan
>
> Dunia yang sementara sebagai pelengkap akhirat
>
> Zikrullah, sebagai pemandu arah
>
> Aku, kehilangan dalam mencari kehidupan
>
> Kini, dipertemukan laksana pelengkap alam
>
> Ikrar kehidupanmu, dalam mencari Tuhan mu
>
> Rasulullah telah mengatur langkah, maka
> kembalilah..
>
> Mahumu, sesuatu yang indah akan hadir
>
> Dugaan buatmu, indahnya insan pada RUH nya
>
> Saat ketika kau dipertemukan di 'LUH MAHFUZ'
>
> Awalnya, dugaan mendatang tanpa henti
>
> Akhiri kehidupanmu dengan kasih Tuhan mu
>
> Dan kini fikirkanlah kasih, cinta Tuhan mu milik
> dunia dan akhirat
>
> Nampak jelas jalan yang Tuhan mu tunjukkan
>
> Orang yang bersungguh-sungguh pasti diberi jalan
>
> Oleh itu mintalah dari Tuhan mu, itu janji NYA
>
> RUH, katamu sama, IMAN penentuan darjat
>
> Antara cinta untuk Tuhan mu dan kasih sesama
> insan
>
> Fitrah kasih sayang itu dicipta oleh Tuhan mu,
> diberi sekelumit dari milik NYA
>
> Zat yang tiada akhirnya, zuhud yang kau cari
> pecahan cinta dari NYA
>
> Akuilah carilah, dakwat dalam Alif dan Alif miliki
> dakwat
>
> Nilaikan..Alif itu Allah yang penuh cinta,dakwat itu
> zarah kasih dari cinta Allah
>
> Rungkaikan ia sedalam maksudnya pasti kan kau
> temui jawapannya
>
> Otakmu jua cebisan cinta Tuhan mu, yang
> merupakan serpihan bergelar kasih
>
> Selawat dan salam ke atas Rasulullah, tanda kasih
> padanya..Rasul jua insan
>
> Lihatlah kasih, buka mata mu, kasih insan cebisan
> dari cinta Tuhan mu
>
> Ittaqullah.. DIA beri atas hak-NYA, Qada' Qadar
> rahsia Tuhan mu yang hakiki..

Wednesday, March 11, 2009

Bacalah walau sebaris ayat

“Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua”

(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.”
(ali Imran: 103)

Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).”
(al-Maidah:91)

Maka jangan kamu takut kepada manusia tetapi takutlah kepadaku dan jangan kamu kamu memperdagangkan ayat - ayatku dengan harga yang murah dan barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka adalah orang - orang yang kafir.”
( Al Maidah 44 )


Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

Wednesday, February 25, 2009

Makluman

blog ini dalam pembaikan..setelah sedikit data hilang harap maklum

Saturday, January 3, 2009

Sekalung Doa Buat Mereka Yang Telah Tiada

Bismillah Pictures, Images and Photos

Al-Fatiha Pictures, Images and Photos

Al-fatihah buat arwah ayah sahabatku sarmi, Allahyarham Shaikh Abdul Rahim Ibnu Maimunah telah meninggalkan dunia Pada 18 Disember 2008 bersamaan 21 Zulhijjah 1429 jam 9.00 malam, Al-fatihah juga untuk arwah ayahku yg telah lama pergi..Allahyarham Abu Hassan Bin Nyat ..semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertakwa...Amin...

Wednesday, December 24, 2008