Saturday, March 12, 2011

Jangan Ada Dendam Dalam Hatimu

Cukuplah disini
Andai kau tahu yang tersirat dihati ini..
Pasti kau menyesal menyakiti hatiku selama ini..

Cukuplah Sampai disini
Jangan terus melukai hatimu dan mereka disekeliling mu..

Tidak akan kau temui ketenangan selagi..
kau tidak memahami apa itu keikhlasan
kemaafan...

Cukuplah sampai disini..
kita hanya manusia biasa
aku
kau dan mereka
bisa melakukan kesilapan...
jangan diulangi lagi..
Yang baik dari Allah
yang buruk khilaf kita sendiri

Buat renungan bersama
kau
aku dan semua

*pada satu hari sedang seorang sahabat (Abu Bakr rasanya) bersama2 dgn Rasulullah SAW, datanglah orang mencerca dan mengeji sahabat itu tadi.. pada awalnya sahabat tu berdiam diri sahaja. lalu tiba pada satu ketika sahabat itu membalas kembali cacian orang yg datang tu, maka Baginda SAW pun terus bangun dan meninggalkan tempat tu.. apabila ditanyakan mengapa Nabi SAW meninggalkannya, baginda menjawab bahawa sesungguhnya ketika sahabat itu diam dan bersabar, malaikat telah membalas untuknya ya'ni bersama dengannya. namun apabila sahabat itu melancarkan 'serangan balas', malaikat pun meninggalkannya. dan Nabi SAW juga turut beredar..*